Khamis, 22 Mac 2012

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'

NONEKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

Isnin, 19 Mac 2012

KELANTAN P027 TANAH MERAH, N26 BUKIT PANAU, N27 GUAL IPOH AND N28 KEMAHANG 2008 ELECTION RESULT.

P027 TANAH MERAH

SHAARI BIN HASSAN - Barisan Nasional (BN BN) 15,970
AMRAN BIN AB GHANI - Parti Keadilan Rakyat (PKR KEADILAN) 17,554 WINNER
ASMADI BIN ABU BAKAR BEBAS BEBAS 1,439
Voters : 44,347
Spoilt Votes : 1,064
Ballot Paper Issue : 36,126
Not Return Ballot Paper : 99
Votes Cast : 36,027
Voters Percentage : 81.46%
Majority : 1,584
(Malay: 94.30% Chinese: 4.24% Indian: 0.84% Others: 0.60%)
Incumbent: Datuk Ir. Shaari Hassan - Barisan Nasional (BN BN) (Majority: 2,527 undi)

N26 BUKIT PANAU

ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOOD - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 10,129 WINNER
NIK KEMARUZAMAN BIN SULONG - Barisan Nasional (BN BN) 5,946
Voters : 20,442
Spoilt Votes : 180
Ballot Paper Issue : 16,337
Not Return Ballot Paper : 82
Votes Cast : 16,255
Voters Percentage : 79.92%
Majority : 4,183
(Malay:90.30% Chinese:8.44% Indian: 0.35% Others: 0.88%)
Incumbent: Abdul Fattah Mahmood - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) (Majority: 426 undi)

N27 GUAL IPOH

WAN YUSOFF BIN MUSTAFA - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 6,073 WINNER
HASHIM BIN SAFIN @ SHAFAIN - Barisan Nasional (BN BN) 4,410
Voters : 12,955
Spoilt Votes : 155
Ballot Paper Issue : 10,640
Not Return Ballot Paper : 2
Votes Cast : 10,638
Voters Percentage : 82.13%
Majority : 1,663
(Malay:96.68% Chinese:1.02% Indian: 2.16% Others: 0.12%)
Incumbent: Datuk Hashim Safin - Barisan Nasional (BN BN) (Majority: 1,116 undi)

N28 KEMAHANG

ZIANON ABDIN BIN ALI - Barisan Nasional (BN BN) 3,549
MD ANIZAM BIN AB RAHMAN - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) 5,481 WINNER
Voters : 10,950
Spoilt Votes : 103
Ballot Paper Issue : 9,149
Not Return Ballot Paper : 16
Votes Cast : 9,133
Voters Percentage : 83.55%
Majority : 1,932
(Malay:98.94% Chinese:0.20% Indian: 0.20% Others: 0.65%)
Incumbent: Md. Anizam Abdul Rahman - Parti Islam Se Malaysia (PAS PAS) (Majority: 765 undi)

Selasa, 6 Mac 2012

PRU13 : CARA MENGUNDI YANG BETUL

 

Berita semasa jangan mudah lupa

Kalau Dah Keling, Kelinglah Juga

Kalau dah Kuing, Kuinglah juga
Manakan sama siKayu Jati
Kalau dah Keling, Kelinglah juga
Manakan sama Melayu Jati

Dr M dakwa Amerika sokong Anwar jadi PM
Berdasarkan laporan akhbar dan majalah yang disiarkan di Amerika Syarikat, adalah jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada negara itu untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir khir toyo kmu forum 010408 06Dalam entri terbarunya di blognya yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.

"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.

Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi perdana menteri, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan kerajaan pusat.

“Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).

“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.

Selain itu, katanya, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan 'NGO' berkenaan akan dihalalkan.

iran protest election results obama reaction 260409 04Menurut beliau lagi, sebagai penyokong kuat Israel, Amerika akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?” soalnya.

Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat negara ini menentukan sama ada mereka mahu  Malaysia menjadi alat Amerika yang merupakan penyokong kuat Israel dengan menyokong puak yang menerima bantuan dan sokongan berkenaan.

"Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh mereka untuk menukar kerajaan," katanya lagi.

Mari kita lihat kembali Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi Amarika...

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.
  1. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
  2. 1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
  3. 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.
  4. 6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
  5. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
  6. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
  7. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
  8. 17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".
  9. 13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
  10. Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.
  11. Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
  12. 21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.
  13. Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
  14. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
  15. September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel. 

Tun Mahathir berhelah dengan menyalahkan orang lain atas apa yang telah beliau lakukan selama ini. Demi menyelamatkan  diri serta kekayaan anak-anaknya yang kaya raya sewaktu beliau berkuasa dahulu. RM 100 billion lesap dibawah pemerintahan beliau dan banyak lagi salah guna kuasa yang dilakukannya. Malah sebelum ini beliau pernah berkata bahawa akan meninggalkan negara ini berpindah kenegara lain jika Pakatan Rakyat berkuasa. Soalnya kenapa beliau ingin lari?

Mufti Selangor tempelak politik ganas Umno

    Menyokong gesaan agar gejala keganasan politik dihentikan, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid (gambar) menegaskan insiden itu boleh diatasi sekiranya parti politik ikhlas dalam perjuangan selain berpegang kepada prinsip Islam.

    Kelmarin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik menambah insiden itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara barakah”.

    Menurut Presiden ABIM Amidi Abd Manan, prinsip negara barakah mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral.

    Jelas Tamyes, politik jika diamalkan dengan tertib dan teratur segala insiden tidak baik termasuk keganasan politik tidak akan berlaku.

    Beliau menambah walaupun ada yang beranggapan politik bukan sesuatu yang sihat namun ia turut diamalkan Islam.

    "Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur... Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

    "Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

    Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

    "Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

    "Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan," katanya.

    Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

    "Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

    "Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam...berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian," katanya.

    Gangguan dan provokasi kerap berlaku semasa program ceramah diadakan terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

    Terbaru ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu.

PKR ulang gesaan Najib terima pelawaan Anwar untuk berdebat

KUALA LUMPUR, 6 Mac — PKR hari ini kembali membuat gesaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menerima tawaran debat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepertimana kesanggupan Najib untuk berdebat dalam kerangka wacana demokrasi sebagaimana dinyatakan di dalam blognya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (gambar), berkata, pihaknya berharap kesanggupan Najib kali ini benar-benar jujur kerana tawaran Anwar yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat berkenaan kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.
“PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Melainkan Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tatakelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan.”
Menurut Saifuddin, Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya di dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi.
“Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat.
“Keputusan di tangan perdana menteri sama ada beliau jujur mahu membolehkan rakyat Malaysia mendengar secara langsung dasar-dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) didebatkan dalam kerangka demokrasi dan membuat keputusan yang sewajarnya,” tegasnya.
Justeru, Saifuddin menambah, pihaknya masih lagi menantikan jawapan beliau untuk berdebat dengan Anwar yang sehingga kini masih lagi tidak berbalas.
“Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut,” katanya lagi.
Di dalam blognya semalam, perdana menteri menjelaskan kesediannya untuk berdebat namun menegaskan lawannya harus “bertimbang rasa” dan tidak membangkitkan teori konspirasi untuk memenangi perdebatan.
Beliau memberi peringatan bahawa negara akan akan menjadi lemah sekiranya pemimpin politik memilih untuk hanya melakukan provokasi berbanding menunaikan tanggungjawab mereka.
Pemimpin pembangkang berulang kali telah menyuarakan desakan supaya Najib menerima cabaran Anwar dan menjelaskan ia merupakan platform terbaik untuk mereka berhujah berkenaan pendapat dan idea mereka, serta polisi untuk membantu rakyat memilih parti untuk diundi.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre, majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahukan debat berkenaan berlangsung kerana ia mampu membuatkan keputusan untuk mereka mengundi mana-mana parti.

Debat Anwar-Najib penentu anak muda pilih siapa


KUALA LUMPUR, 6 Mac: Desakan anak muda mahukan perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penentu untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu dipilih.

Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Prof. Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, fenomena perdebatan bukan sesuatu yang baru pada kurun ke-21 kerana pada kurun ini diterjemahkan sebagai kurun informasi, partisipasi dan demokrasi.

Katanya, bagi orang muda yang terdiri daripada 11 juta daripada 26 juta rakyat negara ini sudah pasti bagi mereka politik hari ini tidak sama dengan politik kurun sebelum itu.

"Inilah peluang bagi orang muda mahu melihat lebih dekat pemimpin mereka berhujah dan berdebat dalam politik masa depan," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi Abu Hassan dengan cara inilah mereka mahu menyaksikan aspek kebijakkan dasar, ketrampilan dan ketelusan pemerintahan yang akan dilaksanakan.

"Anak muda hari ini cukup terdedah dengan pelbagai media sosial, sudah pasti mahukan seorang pemimpin masa depan dari kalangan yang berilmu, praktikal dan prakmatik," katanya.

Jelasnya, sebagai seorang yang intelektual sudah pasti tidak dapat dilihat secara kasar kecuali berlaku perdebatan dalam isu-isu kritikal dan pertimbangan masa depan tanah air.

"Masa ini rakyat mahukan negara sangat mempunyai matlamat yang jelas,  keduanya bagaimana hendak meningkatkan negara menjadi maju dan sekarang adalah 'period' untuk menentukan masa depan.

"Oleh kerana itulah, anak muda mendesak berlakunya perdebatan untuk menangani krisis yang akan datang," katanya.

Mengulas kajian terbaru Merdeka Centre itu, bagi Abu Hassan golongan pengundi terbesar ini ingin memilih seorang pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara.

Agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan. Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Ini kerana, katanya, orang muda tidak boleh bergantung kepada media sahaja kerana media hari ini tidak lagi dipercayai oleh masyarakat.

"Untuk menilai secara keseluruhan sudah pasti orang muda mahukan perdebatan kerana media sebagai abstrak atau ringkasan sahaja," katanya

Justeru katanya, mereka mahu lihat secara terbuka dan sekali gus memberi jalan kepada mereka untuk memutuskan pemimpin mana yang mahu mereka pilih.

"Tidak ada cara lain untuk dekat dengan masyarakat sebab cara terbaik bersemuka dan berbahas dengan mengemukakan padangan masing-masing kerana isunya adalah untuk menangani masa depan negara," katanya.